Tuesday 1 April 2014

PERAK LANTIK 788 KETUA KAMPUNG, PENGERUSI JKKK


Seramai 788 orang menerima watikah pelantikan sebagai ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) negeri Perak bagi tempoh 2014 - 2015.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, jumlah tersebut mewakili sebanyak 96 peratus daripada keseluruhan jumlah yang telah di peruntukkan.
Perlantikan jawatan tersebut juga mewakili 822 buah kampung di seluruh Daerah di negeri Perak bagi tempoh dua tahun.
Upacara pelantikan watikah ketua kampung dan pengerusi JKKK tersebut di sempurnakan di Ipoh pada 27 Mac 2014.
Tambah Zambry lagi, jumlah selebihnya  iaitu sebanyak 4 peratus yang tidak di lantik adalah di sebabkan oleh masalah kesihatan yang di alami oleh calon dan calon yang telah meninggal dunia sebelum proses pelantikan tersebut.
Beliau turut menasihati semua yang telah di lantik supaya menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
“Saya tidak mahu mendengar mengenai pekara-pekara yang tidak mampu di selesaikan kerana tanggungjawab sebagai ketua kampung adalah tanggungjawab yang sangat penting untuk dilaksanakan,” katanya.
Jelas Zambry lagi, peranan ketua kampung dan Pengerusi JKK adalah sebagai mata dan telinga serta menjadi pemimpin akar umbi membantu kerajaan.
“Mereka perlu menganggap bahawa tugas ini bukan sahaja keistimewaan tetapi lebih kepada tanggungjawab untuk di galas,” tegasnya.
Perlantikam Ketua Kampung yang baru di bawah umur 65 tahun ini adalah selaras dengan transformasi yang di inginkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Beliau turut menyuarakan cadangan untuk memberikan peluang dan ruang kepada golongan yang berusia 65 tahun ke atas untuk turut memberi sumbangan pada peringkat JKKK.
“Saya sudah berbincang dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal mengenai pekara ini dan akan di bawa ke kabinet kelak untuk di usulkan,” tambah Zambry lagi.
Ujarnya lagi, golongan imam adalah antara golongan berpotensi yang mampu memberikan sumbangan dalam bentuk bukan buah fikiran dan nasihat kepada pengurusan JKKK kelak.

No comments:

Post a Comment