Thursday 17 April 2014

KARPAL DERHAKA.......... TERSUNGKUR DI BUMI PERAK....



Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke arah Utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Karpal Singh di percayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah. Beliau mati di tempat kejadian akibat cedera parah.Turut terkorban ialah pembantu peribadi beliau yang di kenali sebagai Michael Cornandez.


Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang di naiki Karpal melanggar belakang sebelah kanan sebuah lori jenis Mitsubishi Canter di lorong kiri jalan yng menghala ke arah yang sama.Di percayai pemandu lori tersebut cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.


Kesemua mangsa telah di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.Walaubagaimanapun, pemandu kenderaan, pembantu rumah serta anak beliau, Ram terselamat.Operasi menyelamat semua mangsa dalam kemalangan itu telah di bantu oleh Anggota Bomba dan Penyelamat.

No comments:

Post a Comment