Tuesday, 1 April 2014

KETUA PEMBANGKANG BERTANDING JAWATAN PRESIDEN : TIPU AHLI PKR, TUTUP PELUANG AZMIN DAN PERMUDAH GERAKAN REFORMASI 2.0


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menipu ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila beliau menafikan niatnya bertanding jawatan Presiden adalah bagi menutup peluang Azmin Ali merebut jawatan itu.



Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim berkata, Anwar pernah melakukan tindakan serupa semasa pemilihan PKR pada 2007.

Menurut beliau, ketika itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berdepan tentangan sengit mempertahankan jawatan Presiden daripada bekas timbalannya, Abdul Rahman Othman.

"Saya terlibat secara langsung sebagai pengurus kempen Abdul Rahman dalam pemilihan yang turut menyaksikan Anwar di calonkan bagi jawatan nombor satu PKR tersebut.

"Walaupun Anwar menarik diri, Kongres PKR di Seremban pada 2007 telah menyaksikan beliau tiba-tiba memotong giliran perwakilan Perlis dan menggunakan masa hampir sejam berkempen untuk isterinya," katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam ceramah di Kompleks Pas Pokok Sena, Kedah malam tadi, Anwar menafikan beliau bertanding Presiden PKR semata-mata untuk menghalang Azmin yang juga Timbalan Presiden parti itu daripada menyertai pertandingan merebut jawatan tertinggi parti.

Zamil menambah, Abdul Rahman akhirnya menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan Presiden PKR apabila melihat situasi berat sebelah yang lebih memihak kepada Wan Azizah.

"Amat jelas Anwar telah memijak demokrasi di dalam PKR dan bagi saya, perbuatan itu satu kerja yang sangat gila semata-mata memastikan PKR tetap dimiliki keluarganya," ujarnya.

Beliau memberitahu, Anwar kini mengulangi taktik serupa dalam pemilihan PKR tahun ini bagi menghalang Azmin mencabar Wan Azizah.

"Jika penyokong Azmin mengemukakan borang pencalonan jawatan Presiden, ahli-ahli PKR akan melihat beliau sebagai seorang pemimpin yang 'lawan tauke'.

"Ramai ahli PKR melihat Anwar sebagai 'maksum' dan mana-mana pemimpin parti yang tidak mengikut arahan beliau akan di label sebagai pengkhianat serta penderhaka," jelasnya.

Zamil juga hairan dengan sikap Azmin yang seolah-olah reda dengan perbuatan Anwar itu sehingga terpaksa mengorbankan impiannya untuk bergelar Presiden PKR.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli-ahli PKR membuka mata dan berfikir secara tenang agar mereka dapat melihat betapa liciknya Anwar menipu mereka.

Keputusan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai presiden parti itu dalam pemilihan pucuk pimpinan kali ini juga di lihat sebagai satu strategi untuk memudahkan rancangan Reformasi II di laksanakan.

Presiden Pertubuhan Muda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishna Naidu berkata, strategi itu sudah dapat dibaca dari awal lagi ekoran segala perancangan Anwar digagalkan oleh kerajaan.


Katanya Anwar kali ini di lihat sengaja menentang arus meskipun mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika telah di sabitkan atas apa-apa kesalahan dan di denda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

SUMBER DARI : (KLIK)

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete